Klinik 1Malaysia Dapat Sokongan Pemimpin Masyarakat KUALA LUMPUR: Penubuhan klinik komuniti 1Malaysia pada umumnya mendapat reaksi positif daripada pemimpin masyarakat yang berpendapat ia akan dapat membantu golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal melancarkan klinik komuniti 1Malaysia Kampung Kerinchi di sini esok serentak dengan 49 lagi klinik lain di seluruh negara seperti yang dijanjikan dalam Bajet 2010 bagi memperluaskan perkhidmatan kesihatan awam. Ketua pegawai eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata klinik 1Malaysia perlu disambut dengan baik oleh semua rakyat di negara ini. Beliau berkata ia memberi kesan yang positif kepada mereka yang berpendapatan rendah dan miskin. "Ia juga akan memberi infrastruktur yang diperlukan kepada mereka yang kurang upaya untuk menjalani rawatan yang sewajarnya di klinik yang berdekatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Pengarah eksekutif pertubuhan amal, Yayasan Kebudayaan Xiao En, Prof Ong Seng Huat turut menyokong penubuhan klinik 1Malaysia yang sememangnya membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pemeriksaan awal. "Klinik ini memang membawa kebajikan orang ramai terutamanya yang kurang mampu dan ia memang membantu mereka dapatkan rawatan secepatnya," kata beliau. Katanya klinik 1Malaysia ini sejajar dengan slogan '1Malaysia' di mana ia dapat membantu rakyat berbilang kaum untuk menerima rawatan berbanding dengan klinikklinik swasta yang kadangkadang dilanggani oleh satu atau dua kaum sahaja. Jelasnya, penubuhan klinik ini secara tidak langsung membantu golongan yang pencen dan tiada insuran kesihatan dan sekaligus meringankan beban mereka. Turut meyokong ialah Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)Datuk Dr Chiam Heng Keng yang berkata klinik 1Malaysia akan memberi manfaat terutamanya golongan perpendapatan rendah. "Lebih baik kita ada klinik ini daripada tidak ada. Sekurangkurangnya mereka menyediakan sesuatu seperti perkhidmatan dan kemudahan kesihatan ini di kawasan bandar," kata beliau. Mengenai klinik itu yang dikendalikan oleh seorang jururawat dan pembantu perubatan, katanya klinik ini akan mengendalikan kes kecil sahaja sementara kes kritikal yang memerlukan perhatian doktor, pesakit boleh segera ke klinik berhampiran. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata klinik 1Malaysia dibenarkan untuk memberi ubat bagi sakit ringan sahaja seperti demam, batuk atau pun luka ringan dan kes kronik akan dirujuk ke klinik yang lebih besar atau hospital. Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pula melahirkan kebimbangan bahawa klinik 1Malaysia akan menjejaskan taraf perkhidmatan kesihatan di negara dan ia dilaporkan akan berdialog dengan kementerian berkenaan pada Jumaat ini. - BERNAMA Sumber : mStar Online, 06/01/10 Klinik 1Malaysia vs Perkhidmatan Kesihatan Di Zaman Khilafah Semuanya 1Malaysia. Kini dalil yang sama juga digunakan untuk mempropagandakan klinik 1Malaysia. Apakah hebatnyanya klinik tersebut? Mampukah Klinik 1Malaysia itu dikendalikan jika ianya diurusi oleh hanya seorang jururawat dan pembantu perubatan? Bukankah ianya seperti melepaskan batuk di tangga? Persoalan cepumas juga akan timbul - siapa yang akan mengaut keuntungan dengan program ini? Kroni-kroni berkaitan? Mengapa perlu istilah 'klinik 1Malaysia' sedangkan apa yang lebih wajar adalah memperbaiki sistem kesihatan sedia ada? Jika realitinya inilah keadaan klinik 1Malaysia maka nampak gayanya sekali lagi rakyat terus digula-gulakan dengan sihir 1Malaysia. Sekiranya kita menoleh sebentar kehebatan sistem Islam yang pernah diterapkan oleh umatnya disepanjang 1400 tahun lamanya maka di sana kita akan menemui kehebatan para khalifah saat itu mengurusi dan menyantuni keperluan rakyatnya dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada rakyatnya. Apakah kita akan dapat merasa kembali perkhidmatan hospital yang efisien dan benar-benar percuma sebagaimana yang pernah dikecapi oleh umat Islam seperti di zaman Khilafah dulu? Dulu di era keemasan Islam [Khilafah] hospital berfungsi dan bertanggungjawab untuk merawat seluruh pesakit baik laki-laki maupun perempuan sampai benar-benar sembuh. Tidak hanya itu, seluruh kos rawatan pesakit tersebut ditanggung oleh Daulah Islam. Mereka yang dilayani secara istimewa dan percuma itu datangnya dari semua lapisan masyarakat - kaya, miskin, lelaki, perempuan, bekerja mahupun menggangur, warga negara ataupun bukan semuanya diperlakukan secara saksama dan adil. Tidak ada persyaratan tertentu dan pembayaran tertentu seperti hari ini di mana rakyat pada hari ini dipancing dengan polisi insuran kesihatan bagi mendapatkan perkhidmatan yang baik. Inilah kejam dan busuknya kehidupan di dalam sistem kehidupan Kapitalisme. Dalam erti kata lain, dunia Kapitalisme adalah dunia yang penuh dengan kekejaman dan kezaliman. Hari ini jika seseorang itu ingin sihat, maka galang gantinya adalah wang. Amat kejam dan dan hinanya mereka yang terus menjalankan sistem Kapitalisme ini. Tercatat dalam kegemilangan Islam juga ialah idea mendirikan hospital sebagai tempat untuk merawat orang-orang yang sakit. Ia mula diterapkan pada awal kekhalifahan Islam di mana hospital pertama didirikan di zaman Khalifah Al-Walid (705 M - 715 M) - seorang khalifah dari Bani Umayyah. Untuk merawat para pesakit, khalifah menggaji tenaga perawat dan doktor. Diberitakan juga bahawa Hospital Islam pertama yang sebenarnya dibangunkan pada zaman kekuasaan Khalifah Harun Al-Rasyid (786 M - 809 M). Setelah berdirinya Hospital Baghdad, maka selepas itu mulailah bermunculan hospital-hospital yang lainnya. Konsep pembangunan beberapa hospital di Baghdad itu merupakan idea dari Al-Razi, seorang doktor muslim yang terkemuka pada ketika itu. Jelas kepada kita bahawa jaminan kesihatan di zaman Khilafah itu jika ingin dibandingkan dengan zaman 1Malaysia saat ini adalah umpama langit dan bumi. Khilafahlah penyelesaian yang hakiki bukan hanya untuk masalah kesihatan malah untuk semua masalah manusia - bukannya gula-gula 1Malaysia -(sumber HTM) |
TEKNIK MENGABDI!!!
-
TEKNIK MENGABDI
LKMM Week 3
Teknik mengabdi.... Dalam rangkaian ini kita menjalani kegiatan yang
bernama teknik mengabdi, dimana rangkaian ini mempunyai...
5 years ago
No comments:
Post a Comment