Apakah FUNGSI manusia?
(menjawab persoalan tentang: Apakah fungsi manusia hidup atau apakah tujuan manusia hidup, atau apakah maksud manusia di cipta…sumber hamka..)
Sesuai untuk golongan kapir, tidak bertuhan, murtad, bakal mualaf, dan semua ummat islam yang baca email ni..
Bermulalah cerita…
Seorang saintis agung (kononnya) yang tahu segala galanya tentang dunia ini, tentang cakrawala, tentang sains, formula, fizik, kemia, lukimea dan segala-galanya…
Di bawa mengadap aku secara 'maya', dan di tanya aku…
Tentang alam…
"apakah fungsi matahari kepada manusia?"
"apakah fungsi bulan kepada manusia?"
"apakah fungsi bima sakti kepada manusia?"
Maka si ahli sains yang bukan islam dan tidak bertuhan ini akan menjawab dengan penuh berilmiah, dan segala jawapanya serta teorinya adalah sangat logic dan begitu mengimbangi akal manusia..
Tanya aku lagi,
Tentang tumbuh-tumbuhan…
"apakah fungsi bunga matahari kepada manusia?"
"apakah fungsi tongkat ali kepada manusia?"
"apakah fungsi kacip fatimah kepada manusia?"
Lalu si ahli sains yang kapir ini akan menjawab dengan penuh berilmiah, dan segala jawapannya amat tepat dan begitu mengimbangi akal manusia serta di susuli dengan bukti nyata..
Tanya aku lagi,
Tentang binatang…
"apakah fungsi lalat kepada manusia?"
"apakah fungsi anjing kepada manusia?"
"apakah fungsi babi kepada manusia?"
Lantas, si ahli sains yang tidak percaya kewujudan tuhan ini akan menjawab dengan penuh berilmiah, malahan turut membawa anjing peliharaannya dalam presentation. ,
OK, aku tahu kau prefeser serba tahu, sekarang aku nak tanya..
"apakah fungsi manusia hidup di dunia ini?"
Dan… si ahli sains yang percaya kewujudan alam dan manusia adalah secara semulajadi tidak dapat menjawab dengan penuh berilmiah, dan segala jawapanya serta teorinya adalah sangat bodoh dan begitu kureeeeng sekali.. He he he ( aku perasan pandai)
Baiklah, jika engkau wahai ahli sains tak tahu fungsi manusia, biar aku tanya apa pulak fungsi organ manusia..
"apakah fungsi tahi lalat kepada manusia?"
"apakah fungsi madula obloggata kepada manusia?"
"apakah fungsi air tulang belakang kepada manusia?"
Ok, aku tahu engkau akan dapat jawab punya, sekarang aku nak tanya fungsi kaki, engkau tahu wahai ah-li sains akan fungsi kaki, kuku dan kiki?, memang kau tahu bukan?, tapi yang kau tak tahu adalah fungsi manusia bukan? Huh! Kesian kat engkau…(aku sendiripun kasihan gak..)
Baiklah, aku tanya last ni, apa fungsi kasut?
Maka si ahli sains fikir itu soalan bodoh…oh!
Tapi dia tetap jawab kerana beliau adalah seorang yang professional. .
Walaubagaimanapun…
Nampak sangat akan kehinaan seorang manusia dan kemulian sepasang kasut kerana semua ahli sains tahu fungsi kasut, tapi tak tahu fungsi manusia..oh kasihan..
Nota: sebenarnya ada jugak soalan yang ahli sains 'maya' ini tak dapat jawab, tapi arwah nenek aku dapat jawab. Seperti:
"Gunung apakah yang bercabang tiga?"
"Buah apakah yang masak di atas peti dan hanya sebijik yang masak?"
"Buah apakah yang berada di luar pagar?"
"Buah apakah yang berada dalam perahu?"
(he he he)
Baiklah, sekarang aku yang bukan ah-li sains, ah-li nujum, ah-li café, atau ah-li sihir akan menjawab soalan…
APAKAH FUNGSI MANUSIA!
Perhatian kepada korang semua sebelum korang teruskan membaca:
"Aku bukan ustaz, segala kesulitan amat di kesali."
Ok, sambung balik, akan apakah fungsi manusia hidup atau apakah tujuan manusia hidup, atau apakah maksud manusia di cipta…
Fungsi manusia hidup bukan hanya beranak, berak, makan, minum, kencing, merangkak, berjalan, berlari, bercakap, buat lawak, belajar, lulus peksa, masuk U, dapt kerja, jadi bos, kahwin, bersetubuh, inzal, beli kereta, rumah, baju, seluar bla bla bla dan jadi mayat!!!
BUKAN!!!!
Sebenarnya Allah jadikan seluruh alam ini, baik di angkasa mahupun di bumi, di darat atau di lautan mahupun alam ghaib adalah untuk BERKHIDMAT pada manusia…
Tentang alam…jika korang perhatikan…
Allah tidak ciptakan langit untuk matahari..
Dan Allah tidak ciptakan matahari untuk langit..
Tapi Allah ciptakan langit untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan matahari juga untuk berkhidmat pada manusia!!!
Tentang tumbuh-tumbuhan…
Allah tidak ciptakan pokok untuk berbuah..
Dan Allah tidak ciptakan buah untuk pokok…
Tapi Allah ciptakan pokok untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan buah-buahan juga untuk berkhidmat pada manusia!!!
Tentang binatang dan unsur…
Allah tidak ciptakan air untuk ikan hidup..
Dan Allah tidak ciptakan ikan untuk berenang dalam air…
Tapi Allah ciptakan air untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan ikan juga untuk berkhidmat pada manusia!!!
Tentang organ manusia..
Allah tidak ciptakan kepala untuk letak otak
Dan Allah tidak ciptakan otak untuk penuhkan kepala
Tapi Allah ciptakan kepala untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan otak juga untuk berkhidmat pada manusia!!!
Bukan itu sahaja,
Malahan semua Nabi di utus untuk MANUSIA!
Malahan Neraka di cipta untuk azab MANUSIA!
Malahan Shurga di cipta untuk beri nikmat pada MANUSIA!
Malahan Semua Malaikat di cipta untuk berkhidmat pada MANUSIA!
Ada malaikat yang cabut nyawa MANUSIA..
Ada malaikat yang jaga rezeki MANUSIA..
Ada malaikat yang catat amal MANUSIA..
Ada malaikat yang azab MANUSIA..
Ada malaikat yang berdoa untuk MANUSIA..
Malahan setan juga di cipta untuk uji iman MANUSIA!
MANUSIA! MANUSIA! MANUSIA!
Jadi, apabila seluruh tujuh petala langit dan bumi berkhidmat pada manusia… Apakah pula tujuan manusia hidup?
Tahi lalat di cipta untuk memudahkan cam identity korang bila jadi mayat kelak, dan tahi lalat sendiri di cipta untuk memberitahu kepada polis atau ahli forensic tentang umur mayat, sebab tahi lalat untuk mayat 3 hari berbeza dengan tahi lalat untuk mayat seminggu.. argh, jadi mayat nanti baru tahu agaknya..tak percaya
Sambung balik, Adakah hidup ni hanya cari pasangan, kahwin, bersetubuh, beranak dan sebelum jadi mayat bercita cita nak tengok cucu kahwin? Itu sahaja?
Adakah hidup ni hanya cari duit, beli kereta, langsaikan hutang kereta, renovate kereta? Itu sahaja?
Adakah hidup ni hanya buat loan beli rumah, lansaikan hutang rumah, dah habis bayar, beberapa tahun kemudian jadi mayat.. Itu sahaja?
Alangkah pergi mamposnya diri aku sendiri kerana lupa akan tujuan hidup di dunia ini …oh
Sebenarnya, apabila tujuh petala langit dan bumi berkhidmat hatta malaikat dan setanpun berkhidmat pada manusia… maka tujuan manusia di cipta hanya untuk berkhidmat pada ALLAH… atau dalam bahasa yang biasa korang dengar, beribadat kepada Allah…
Nampak simple, tapi aku akan 'pecah kecilkan' akn perkara 'khidmat' ini kepada tiga bahagian (suka hati aku sahaja..), bukan khidmat Negara, nusa, bangsa bla bla bla…
Fungi sebenar manusia...
1.KHIDMAT KEPADA ALLAH.
(ibadat)
Tugas pertama untuk setiap manusia di dunia ini adalah 'mencari' Tuhan dengan menggunakan akal dan fikiran yang telah di berikan oleh Allah kepada setiap manusia yang mana 'kalau' atau petunjuk kewujudan Allah ada pada setiap ciptaanNya bagi mereka yang mahu berfikir…
Dan Allah telah cipta hati yang mana jika manusia benarkan kehadiran Allah, maka Allah yang Maha Besar akan 'bertandang' ke dalam hati manusia lalu di angkat ke darjat kekasihNYA!
Dan, Allah tidak perlu tunjuk 'rupa' Dia, atau 'Zat'Nya untuk buktikan kewujudannya, kerana akal dan hati mampu menerima kehadiran dan kewujudan Allah…
Sekiranya korang ternampak seorang budak yang mati kelaparan lalu datang burung ereng pemakan mayat lalu meratah tubuh budak itu, dan korang bertanya, di manakah Tuhan?
Maka jawapannya, Allah tak perlu selamatkan budak itu dan bagi makanan atau pupuskan burung ereng untuk buktikan kewujudanNYA… tidak perlu..!!!
Allah tidak perlu bertindak mengikut prasangka manusia yang bodoh bangang untuk buktikan kewudanNYA…
Para Nabi kerap di cabar oleh musuh, mereka buat syarat supaya Allah tunjukkan DIRI terlebih dahulu, barulah mereka akan ikut nabi-nabi.. namun Allah tidak perlu peduli dengan syarat syarat ciptaan manusia yang bodoh bangang untuk buktikan kewujudanNYA… tidak perlu..!!!
Hari ini, berjuta manusia yakin 100 % akan kewujudan Allah tanpa melihat Allah.. inilah IMAN.. dan inilah kehebatan Allah mencipta hati dan akal yang mampu merasai kewujudan Allah tanpa perlu melihat Allah!!
Hari ini ada kawan kawan aku (mari mengumpat..oh) yang buat syarat dengan Allah..oh
"kalau Allah bagi aku kaya, aku sedekahlah"
"kalau Allah bagi aku kereta, aku akan kerap ke masjid"
"kalau Allah jodohkan aku dengan bini yang solehah, aku akan jadi lelaki beriman"
"kalau Allah menangkan aku dalam peraduan tu, aku akan pergi haji"
"kalau Allah bagi menang dalam pilihan raya dan Negara ini di perintah oleh parti aku, aku akan
memakmurkan masjid"
"kalau Allah tunjuk diri Dia, baru aku masuk islam"
Oh.. pergi mampos dengan syarat syarat korang wahai manusia, Allah tak perlu di 'ugut' oleh manusia… sebaliknya manusia yang selalu di 'ugut' oleh Allah, Cuma korang termasuk aku jer yang tak perasan..oh. .nauzubillah…
Jadi kepada member member aku yang masih belum dapat 'mencari' Tuhan(macamlah aku pernah 'jumpa'..oh)
Aku nasihatkan, malam ini jam 3 pagi atau 4 pagi lebih kurang, bangun dari tidur, basuh muka, tangan dan kaki, lepas tu berdiri dan tutup mata, bayangkan diri berada di padang pasir yang luas, lalu mengjerit sekuat kuat hati di dalam hati, secara khayalan.. jerit.:
"Tuhan ! di manakah engkau?"
"Tuhan ! di manakah engkau?"
"Tuhan ! di manakah engkau?"
Kemudian korang tutup telinga, dan berhenti menjerit..sambil mata masih terpejam…
Maka korang akan dapat dengar bunyi api yang sedang membakar dan meratah kayu api hangus… bunyi dahan patah dan batu gugur…
Maka insyaAllah, satu suara secara khayalan juga akan memberitahu ke dalam hatimu.. bahawa, DiaLah Allah, Tuhan yang Maha Mengasihani lagi MAha Penyayang, yang memerhatikanmu siang dan malam, yang menjaga kamu ketika sedang tidur, yang mendengar kamu menangis,yang mendengar setiap rintihan hati kamu, yang memberi peluang untuk kamu pulang ke pangkal jalan, Biralah dosa semalam sebesar gunung menembus awan, yang penting, pulanglah ke pangkuan Allah… Allah tidak letih menantimu..
Allah sayang pada kamu..
Pulanglah….
PERHATIAN…
Kepada korang yang belum 'jumpa' tuhan, dan bila korang buat dosa serta maksiat, tidak ada apa apapun yang berlaku, korang pijak al-quran, kaki tak lumpuh… korang hina NAbi, korang tetap kaya, di naikkan pangkat lagi… nampak macam tuhan tidak wujud…
Jawapannya:
Allah tak perlu lumpuhkan kaki korang atau buat korang miskin untuk buktikan kewujudanNYA… tidak perlu..!!!
Allah tidak perlu bertindak mengikut prasangka manusia yang bodoh bangang untuk buktikan kewudanNYA…
Malahan adalah silap seekor tikus yang selalu mencuri makanan di sebuah rumah, tiba tiba tikus perasan tuan rumah sayang dia bila nampak makanan mewah depan mata, mungkin ini adalah ganjaran mencuri, maka makan kek sampai habis, begitulah beberapa malam sehingga lupa sebenarnya itu adalah perangkap tuan rumah yang mana pada satu malam ketika tikus ini sedang sedap makan kek,
gedegang!
Bunyi perangkap tikus membunuh mampos tikus tu …isk..
Kerana itu hari ini bila lihat member 2 aku yang tak solat (mari mengumpat lagi, kerana saya perasan baik..oh) tapi hidup mewah… aku takut itu satu perangkap, maka aku ajak korang solat, korang marah aku sebab aku miskin, isk iskk.., tiba tiba aku dengar member aku tu menjadi mayat! Betul ni!
Muda muda lagi dah jadi mayat, mayat orang muda dan mayat orang kaya pulak tu..oh.. Allah lebih sayangkan pada engkau sebenarnya lalu kau jadi mayat.. oleh sebab engkau adalah mayat orang kaya, maka dapatlah engkau kubur coner lot..oh.
Next,
Bila korang orang islam dah 'jumpa' Allah, dah tahu siapa Tuhan, dah tahu bahawa manusia adalah hamba Allah , maka: Korang dan aku kenalah berbadat pada Allah..solat, zikir, mengaji bla bla bla bla …-dan banyak lagi amalan sunat2/wajib yg Allah bagi kat kita..kena pandai cari, belajar, dan bagi masa, kerana tu turun surah 'demi masa'..
Kena Taat semua perintah Allah dan tinggal segala larangan Allah!!!
Satu amaran:
Sesiapa juga manusia yang gagal dalam tugasan yang pertama ini, iaitu berkhidmat pada Allah, maka ada azab menanti.. dan siapa yang gagal mencari 'Allah"( kes murtad dan kapir) maka akan kekal lah mereka dalam neraka walaupun buat baik atau orang baik baik..
(semoga aku dan korang semua kekal dalam iman dan islam)
2. KHIDMAT KEPADA MASYARAKAT
(Akhlak)
Alhamdulillah, Bila korang dah buat tugas yang pertama dengan jayanya..
(bestlah korang nie, he he he)
Maka ada satu lagi perkara yang kita kena buat sebab kita bukan binatang, hidup nafsu nafsi, pentingkan diri, kita juga bukan malaikat, nak ibadat 24 jam.. kita manusia, ada jiran, masyarakat, rakan sekerja, bini, nenek, makcik pakcik, semuanya manusia,!!!
So kita kena berlaku adil pada semua makhluk..tak kira islam atau kapir, tua atau muda, hensen atau burok…ini kerja semua manusia…org kapir memperkenalkan system pendidikkan moral dengan berpandukan tokoh2 hebat dalam sejarah, untuk apa? Tak lain tak bukan untuk mewujudkan suasana hidup yg aman dan harmoni..(wah. .wah..harmoninya aku)..
Jadi aku dan korang semua org islam kena bekerja macam khalifah2 islam yang agung buat macam:..
-Meletakkan sesuatu pada tempat yg sepatutnya(adil)
-Tidak pilih kasih(walau anak sendiri buat salah-tetap dihukum)
-Merendah diri(pemimpin berjiwa macam rakyat/mengarah filem dan menjadi pelakon he he)
-Sentiasa senyum(Senyum. .senyum.. senyummmm. .wah comelnya)
-Murah hati tapi tidak boros(sedekah)
-Kuat tapi lembut(org rasa senang)
-Lembut tapi tidak lemah(org tak ambil kesempatan)-
Dan seribu sebelas ratus lagi!(rujuk ustaz)
Satu amaran:
Sesiapa juga manusia yang gagal dalam tugasan yang kedua ini pula, iaitu berkhidmat pada masyarakat, maka akan masuk mahkamah no 2 di padang masyar kelak… bahaya masuk mahkamah no 2 ini.. sebab peluang untuk korang (semoga kita selamat) mendapat keampunan di mahkamah ini adalah tipis..oh..
Nota untuk mualaf:
Di akhirat ada tiga makhamah,
Mahkamah pertama untuk org kapir
Disini di bicarakan jenis azab yang patut di terima oleh orag kapir berdasarkan dosa mereka, orang yg paling ringan sekali mendapat seksaan adalah Abu Talib, Allah telah bagi seksaan paling kurang..pakai terompah(kasut) neraka..mendidih otak..oh…semua ahli neraka lain nak pakai terompah tu sebab diorang punya seksaan lebih dahsyat, sedangkan Abu Talib fikir semasa memakai terompah tu bahawa dialah paling azab di seksa..hakikatnya: dialah yg paling ringan sekali..oh.. ! menangis Nabi kita..oh..
-
Mahkamah yang kedua di sediakan untuk org islam yang berdosa dengan manusia.
Di sini jika amal kita buruk.. hanya orang yang kita khianati/sakiti sajer boleh maafkan kita, maka sangat bahaya, atau mereka ambik pahala korang dan bagi dosa mereka.. bahaya..bahaya…
Maafkanlah aku andai ada salah dengan korang… uhuk!
Mahkamah ketiga pula adalah untuk orang yang hanya ada dosa dengan Allah..
Di sini pintu keampunan terbuka luas..
"Tuhan, dosaku mengunung tinggi.. tapi RahmatMu, melangit luas..
Harga selautan syukurku, hanyalah setitis nikmatMu di bumi…"
(lagu nashid kumpulan mana ntah? Tak ingat..oh)
3. KHIDMAT PADA UGAMA
(dakwah)
Ok, perkara seterusnya yang korang kena buat untuk menjadikan hakikat fungsi seorang manusia, adalah dengan tidak boleh membiarkan manusia lain terdedah pada azab Allah, kerana kita adalah ummat terbaik,
Sebagai atau selaku pemegang title the best ummat nie… aku dan korang menjadi umat yg terbaik bukanlah sebab kita ni umat nabi Muhammad (sajer).. tapi sebab khidmat kita pada ugama, iaitu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah(dakwah) …
Para Nabi a.s terdahulu hanya ajar ummatnya khidmat yang pertama dan kedua di atas, tapi Nabi Muhammad SAW ajar ketiga tiganya sekali, so kita kena beribadat, beraklak mulia dan berdakwah!!!
Dakwah adalah mengajaK, bukan mengajaR… , (berbeza R dan K)mengajar biar ustaz dan ulamak buat, mereka lebih berpatutan buat hal yang demikian…
so, Sapa2 pun boleh ajak walaupun bukan ustaz
Cth: bila seorang sakit dan perlu pada doctor, maka sapa2 pun boleh jadi pemandu ambulance untuk bawa ke hospital, tak semestinya doctor…sapa2pun boleh…begitulah jugak, ummat ni sedang 'sakit' kena bawa ke masjid…so semua org boleh ajak ummat nih…
Moralnya, jika kita punya amal ugama yang bagus pun, tapi hakikatnya tidak sempurna iman kalau tak kasih sayang pada makluk Allah, jangan rasa selesa mentang mentang hari2 kita pergi masjid.. jangan rasa selamat..
Sebab org yg rasa selesa dengan amalannya adalah tanda ahli neraka…
Org yg rasa dirinya masuk shurga dan org lain masuk neraka adalah ciri2 org munafik…
Kerana itu ada org soleh yg dah hampir masuk shurga, tetapi tiba2 datang hambaAllah lain mengadu..
-Ya Allah, org ni sembahyang tapi tak ajak saya solat…
-Ya Allah, org ni berkuasa cegah mungkar saya tapi dia biarkan sahaja…
Siapa mereka2 ni..?
Mereka adalah: mereka dan keluarga mereka, iaitu: Jiran2 islam kita, yg mana kita 'best' gi solat jemaah, tapi tak ajak mereka..
Ingat, kat akhirat adalah tempat manusia tuntut menuntut…
Orang kapir pun akan tuntut dengan semua orang islam yang tak pernah ajak dia masuk islam..oh! tapi bila kita dah ajak ianya adalah satu penyesalan buat mereka.
Maka bila kita org islam tak buat dakwah, sebagai satu ancaman dari Allah, Allah akan perintahkan kita bagi pahala kat org yg kita tak daqwah..sampai habis pahala kita, dah habis pahala jiran2 kita masih datang berduyun2(maklumlah jiran adalah 40 kiri kanan, 40 atas bawah jika rumah flat..oh..bahayanya ..)
Bagi Org lelaki yg soleh pula, tak dapt masuk shurga kerana di halang oleh 4 wanita yg dia tak daqwah…
-Isterinya..
-Ibunya…
-Anaknya
-Adik beradik perempuannya… .
Bila pahala dah habis, korang kena ambil pula dosa diorang..dan akhirnya..Org yg beiman dan beramal soleh , tapi tidak berpesan2 dengan kebanaran..maka RUGI kerana kena masuk dalam NERAKA dan di istiharkan MUFLIS!
(Semoga Allah selamat kan aku dan korang semua dari bencana ini)
TAMBAHAN
(KHIDMAT KEPADA DIRI SENDIRI)
Ok. Last! Oleh sebab korang semua adalah manusia, maka Allah uji korang semua dengan berasa lapar nak makan keropok, dahaga nak minum teh tarik, sejuk malam nak rumah, stim nak bersetubuh, panas nak pakai baju, penat nak naik kereta, letih nak tidur dan lain lain…,
Maka perkara ke empat (tadi cakap tiga) kena buat adalah memenuhi keperluan nafsu syahwat…
Maka korang boleh bekerja cari duit beli kereta, beli rumah… tapi jangan sampai lupa pada tiga perkara di atas yang membuatkan korang lupa fungsi sebenar manusia…
Rumah, kereta, pakaian, makanan dan lain lain adalah 'KEPERLUAN'sahaja, sedangkan 3 perkara di atas iaitu iman, akhlak, dakwah adalah 'MAKSUD' manusia di hantar KE DUNIA INI!!!
Untuk bagi faham apa itu :
KEPERLUAN dan MAKSUD…
Aku bagi contoh di antara kambing dan anak kita, yang mana, jika anak kita sakit dan lapar, maka korang sanggup sembelih kambing untuk bagi makan kat anak korang sebab anak adalah MAKSUD, manakala kambing adalah KEPERLUAN.
Tapi alangkah bodoh bangangnya manusia jika kambing yang sakit dan lapar, maka sanggup sembelih anak untuk bagi makan kat kambing ..oh
Dan hari ini berapa ramai yang dah jadi bodoh bangang (aku le ni) kerana sembelih 'anak' untuk bagi makan kat 'kambing'
atau berapa ramai yang dah jadi bodoh bangang (aku dan korang pun.. hehe..) kerana korbankan ugama untuk dapatkan dunia..oh!
Tak pergi masjid solat jemaah kerana sibuk urusan dunia…
Melengah-lengahkan solat kerana urusan dunia…
Meninggalkan solat kerana urusan dunia…
Dunia! Dunia! Dunia!
Wahai sahabat, isteri, anak, keluarga, dan jiran serta korang semua! Jangalah Kerana kemewahan dunia, sanggup lupa Allah, lupa nak beraklak baik, lupa nak berdakwah, dan last sekali LUPA FUNGI MANUSIA DAN LUPA MAKSUD HIDUP SEORANG MANUSIA!!!!
(aku bukan seorang yang baik, jika aku orang yang baik, aku sudah berada dalam 'taman shurga' sekarang ini, aku masih di dunia yang penuh dugaan dan pancaroba, masa depan ku belum pasti, ajarlah aku agar tidak menangis di akhirat kelak)
Ps: khidmat kepada mayat adalah tanam mayat cepat cepat…. Kalau tak nanti, datang lalat mayat serta datang juga ulat mayat berkhidmat kepada mayat…OH!
--
YANG penting dalam kehidupan ialah
'perjuangan' bukan kejayaan.
Perjuangan inilah yang cuba aku lakukan,
hidup tanpa belas kasihan orang lain..
TEKNIK MENGABDI!!!
-
TEKNIK MENGABDI
LKMM Week 3
Teknik mengabdi.... Dalam rangkaian ini kita menjalani kegiatan yang
bernama teknik mengabdi, dimana rangkaian ini mempunyai...
5 years ago
No comments:
Post a Comment